Powered By Blogger

Sabar..

Saturday, January 9, 2010

 

Assalamualaikum..

Hari ni mungkin saya nak berkongsi sedikit ilmu yg baru je dapat tadi dari seorang member.. Beliau menceritakan tentang sabar.. Okeh.. ape tu sabar? Mugkin dalam dialog harian kita.. antara pengunaan kata2 sabar adalah seperti berikut..

'”Wey.. ko ni x tau SABAR ke? men ptong line gua lak..” atau

“Ala sayang.. SABAR la.. xlama lagi kita kawen ek?” atau

“SABAR la yerk makcik.. nnt saya belasah balik org yg kurang ajar ngan makcik tu ek..”

Mungkin contoh2 di atas ini sering kita temui dalam 24 jam hidup kita seharian.. Tp sedar x yg contoh2 diatas adalah bersifat negatif? Kerana mungkin x ramai sedar apa maksud sabar yg sebenarnya dan pembahagian sabar.. ok..

Sabar dari segi bahasa membawa maksud menahan dan tidak bertindak, yakni diam dan tidak melawan. Allah berfirman:
“ Dan bersabarlah engkau bersama-sama orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan petang, mereka menginginkan keredhaan Tuhan mereka dan janganlah engkau hindarkan pemandangan dari mereka”
(Al-Kahfi: 28)

Maksud sabar di sini ialah : Tahanlah (teguhlah) hatimu bersama mereka.

Dan ramai juga yg x tahu apa pembahagian SABAR itu sendiri.. Secara umumnye sabar terbahagi kpd 3:

  1. Sabar dalam beribadat dan melakukan perintah Allah
  2. Sabar dalam menahan godaan syaitan untuk melakukan larangan Allah
  3. Sabar dalam kejadian yg menimpa diri

Selalunye hanya sabar dalam kejadian yg menimpa diri sahaja, tp dalam beribadat dan godaan syaitan.. jarang sekali.. Jadi kat sini nak share jela Banyak lg yg member tu ckp.. tp x reti nak tulis.. hehe..

Sadaqallah hul azim..

0 comments:

Post a Comment

Patient's complains