Ikrar Pengamal Perubatan Muslim

Saturday, January 9, 2010

 

Saya bersumpah demi Allah Yang Maha Agung;

Untuk menyedari tentang pengawasan Allah dalam melaksanakan tugas saya;

Untuk melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan dalam semua keadaan,berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka daripada maut,penyakit,kesakitan dan kebimbangan;

Untuk menjaga kehormatan manusia.melindungi aurat mereka dan menyimpan rahsia mereka;

Untuk menjadi wasilah kerahmatan Allah s.w.t,menghulurkan rawatan perubatan kepada mereka yang dekat dan jauh,yang salih dan yang berdosa seta kepada kawan dan lawan;

Untuk berusaha mencari ilmu dan menggunakannya bagi kemanfaatan dan bukan kebinasaan manusia;

Untuk memuliakan guru saya,mengajar mereka yang lebih muda daripada saya dan menjadi saudara kepada semua rakan dalam profesion perubatan,bekerjasama dalam kebaikan dan ketaqwaan;

Untuk menghidupkan keimanan saya dalam keadaan rahsia dan keadaan nyata,mengelakkan apa-apa yang boleh mencacatkan saya pada pandangan Allah,Rasul-Nya dan orang yang beriman;

Dan semoga Allah menjadi saksi atas sumpah ini.

 

Shared from http://drmarzuki.wordpress.com/ikrar-pengamal-perubatan-muslim/

1 comments:

Diarihatiku1976 said...

ooo kena tag ekk..

Post a Comment

Patient's complains